"The great
experience begins with one small step"
Rakan-rakan yang punya niat untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat Sarjana / Doktor Falsafah (dalam dan luar negara),
permohonan GREP 2021 secara dalam talian telah dibuka.
MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman
boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di
Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan
cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga
negara. Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada 01 Mac 2021
sehingga 19 Mac 2021.
Syarat-syarat permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati
dengan melayari laman web MARA https://www.mara.gov.my/grep-2021_bm_mac/
Menurut sumber, GREP 2021 akan dibuka sebanyak beberapa kali pada tahun ini. Permohonan untuk 1/3/2021 - 19/3/2021 adalah bagi pemohon yang akan melanjutkan pelajaran sebelum atau pada 31/7/2021. Bagi rakan-rakan yang akan melanjutkan pelajaran selepas tarikh 31/7/2021 dinasihatkan untuk memohon pada intake yang ke 2 (kemungkinan June 2021).
Rujukan: Laman web
MARA (Iklan Tajaan Pinjaman Pelajaran Mara 2021)
Good Luck everyone!
No comments:
Post a Comment