Wednesday, 1 May 2019

MARA: GrEP 2019 An Appeal Letter


"The great experience begins with one small step"

 Permohonan Anda TIDAK BERJAYA. Jom kita cuba buat rayuan!

Apabila ada calon berjaya mendapat tawaran menarik diri atau memilih untuk tidak menerima tawaran disebabkan oleh beberapa sebab tertentu, maka slot yang dikosongkan akan diganti dengan calon yang lain. Jadi, peluang masih terbuka pada yang tidak berjaya untuk membuat rayuan. 

So uolls, boleh la mula buat rayuan kan? 

 

1. Karang dengan puitis surat rayuan uolls

Basically, uolls perlu nyatakan sebab kenapa dan mengapakah uolls layak menerima tawaran daripada MARA. Sila puji diri uolls sendiri ye. Selain itu, uolls boleh juga nyatakan sumbangan yang uolls boleh beri jika diberi peluang menerima tawaran MARA. Uolls boleh je cakap bout your cgpa, working experience, passion, csr project and etc. Cerita la yang baik-baik mengenai diri masing-masing. keke..Mungkin tidak lagi terikat dengan mana-mana badan penaja yang lain seperti PTPTN boleh dijadikan kredit untuk diri uolls. Tak salah mencuba nasib kan? Sebaiknya untuk urusan rasmi macam ni, uolls tulis la surat rayuan dalam bahasa kebangsaan. 

 

Yang paling utama uolls kena tahu kenapa uolls buat rayuan. Katakan uolls buat rayuan disebabkan Universiti tidak berada dalam list Mara, jadinya uolls kena la nicely explain to Mara kenapa uolls ‘terpaksa’ memilih university tersebut. Biasanya, situasi ini lebih menjurus kepada pelajar-pelajar PhD di mana supervisor for certain area (the expertise in the field) berada di universiti bukan dalam approved list Mara.

 

 

2. Dokumen Sokongan

Kalau boleh, lampirkan dokumen sokongan yang sewajarnya sebagai bukti uolls benar-benar serious untuk sambung belajar. Antara dokumen yang uolls boleh lampirkan ialah Unconditional Offer from University, IELTS, Resume, Transcript, and Referral Letter from employer/ lecturer/ supervisor. Again, tidak salah mencuba kan? 

 

 

3. Hantar surat rayuan

If uolls free dan tiada kekangan masa better hantar sendiri ke pejabat MARA. At least, we know our letter is received by the correct person in charged. Disamping itu, jika bernasib baik, boleh beramah mesra dengan pegawai MARA. hahaha..Dah jumpa kan, tanya la apa yang patut, sedapkan hati tu. 

 

 

 

Til next time guys! Good Luck! May Allah ease our journey.

 

p/s Actually, there's no specific guidelines to appeal for this year. Uolls, boleh hantar documents by email or by hand direct to Mara. Dokumen sokongan? apa yang rasa perlu!
😁 


Tips:

Sebelum uolls nak buat rayuan, sangat penting untuk uolls tahu kenapa permohonan uolls kena reject dengan pihak Mara. Antara sebab kenapa permohonan uolls kena reject ialah;

  1. University yang dipohon bukan dalam list Mara (semak semula university yang telah ditetapkan oleh pihak Mara).
  2. CGPA uolls tidak memenuhi syarat Mara.
  3. CGPA uolls tidak memenuhi syarat Mara dan pengalaman bekerja tidak cukup atau kurang dari tiga tahun.
  4. Nama uolls atau penjamin mungkin disenarai hitam oleh pihak Mara.
  5. IELTS uolls tidak memenuhi syarat minimum Mara.
  6. Uolls memohon untuk pengajian yang setaraf dengan pengajian sebelum ini.
  7. Uolls gagal mengemukakan unconditional offer letter (surat tawaran university) kepada pihak Mara.
  8. Had umur uolls tidak memenuhi syarat Mara.
  9. Bidang pengajian uolls tidak berada dalam list Mara.
  10. Lain-lain kes terpencil.

 

Jika uolls kena buat rayuan, adalah dinasihatkan uolls rajin2 la contact pihak Mara untuk follow up the status. Kena rajin tanya apa yang uolls kena buat untuk lulus rayuan. Jangan putus asa dan semoga dipermudahkan semua urusan uolls. 

 











No comments:

Post a Comment

MARA GrEP 2021: What should you do after receiving the Financial Affidavit (FA)

  "The great experience begins with one small step"   Alhamdulillah, on 21 st July 2021, I received a Financial Affidavit (FA...