Sunday, 7 April 2019

MARA: GrEP (Graduate Excellence Program) 2019

"The great experience begins with one small step"

 

Pada tahun ini, MARA telah membuka permohonan untuk pembiayaian pelajaran peringkat Master & PhD (dalam dan luar negara) di bawah Program Kecemerlangan Graduan (GrEP) 2019.

 

Tarikh permohonan dibuka pada 15/02/2019

Tarikh permohonan ditutup pada 25/02/2019

 

Syarat-syarat permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web MARA www.mara.gov.my. Berikut ialah senarai bidang pengajian yang ditawarkan dibawah skim GrEP.




Pada yang berjaya dalam peringkat saringan yang pertama, MARA telah menghantar email bermula pada 18/03/2019 hingga 22/03/2019 untuk memaklumkan pemohon untuk menduduki Ujian Personaliti. Ujian ini boleh diambil secara atas talian pada 20/3/2019, 21/3/2019 atau 22/3/2019.

 

Keputusan permohonan GrEP akan mula di war-warkan oleh pihak MARA dalam bulan April 2019.

 

Good luck to everyone who applies for this scheme!

 

Disclaimer: Setiap tahun syarat-syarat permohonan skim ini mungkin berbeza dan bagaimana ia dilaksanakan juga tidak tetap. Ada tahun di mana, pemohon dikehendaki untuk ditemu duga dan menduduki ujian psikometrik. Rajin-rajin menghubungi pihak MARA untuk mendapatkan maklumat terkini. Jangan risau, pihak MARA sangat membantu. Jika tidak dapat menghubungi mereka, anda boleh datang sendiri ke pejabat MARA. Di mana? Tolong waze ye. Kata dunia sudah canggih.

No comments:

Post a Comment

MARA GrEP 2021: What should you do after receiving the Financial Affidavit (FA)

  "The great experience begins with one small step"   Alhamdulillah, on 21 st July 2021, I received a Financial Affidavit (FA...