Monday, 21 June 2021

MARA: GrEP 2021 Cara untuk membuat permohonan

"The great experience begins with one small step"


Kali ini I cuba kongsi langkah demi langkah apa yang uolls perlu buat untuk memohon pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat sarjana/PhD di institusi pengajian tinggi terkemuka dalam dan luar negara.

1. Pastikan uolls lawati laman web yang telah ditetapkan oleh bahagian penganjuran pelajaran MARA. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA mulai 21/06/2021 sehingga 05/07/2021. Pilih program yang tepat kerana selain GrEP, MARA juga menawarkan program tajaan lain seperti YTP, TESP, IESP, WTU, dan PRO-P. Uolls boleh layari https://www.mara.gov.my/program-graduan-cemerlang-grep-2021/



2. Memuat naik garis panduan permohonan Graduate Excellence Programme (GrEP) 2021. Ini penting supaya uolls memahami terma dan syarat-syarat khusus permohonan. Ia termasuk syarat umum, syarat akademik, syarat program, senarai universiti, dan lain-lain. 

https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2021/06/2.-GARIS-PANDUAN-PERMOHONAN-GREP-INTAKE-2-2021.pdf

https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2021/06/1.-FAQ-GREP-2021.pdf




3. Daftar masuk. Pastikan uolls mendaftar menggunakan nombor kad pengenalan yang betul. Jangan guna nombor kad pengenalan orang lain pula ya! Jika uolls tidak pernah memohon (had applied in March 2021), uolls kena la daftar dahulu. Jika pernah memohon, uolls hanya perlu log in semula menggunakan ID terdahulu.

https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login

Tips: If you are unable to create an account or log in to the application form, you must contact MARA to have your ID reset.




4. Lengkapkan semua maklumat. Pastikan uolls masukkan maklumat yang betul & tepat. Jangan lupa save the work ya! Setiap maklumat yang lengkap, system akan paparkan green tick.

Tips: Always save your work after you finish each tab. The screen will display as "this section is complete".




5. Memuat naik dokumen sokongan yang diminta. Pastikan semua dokumen yang dimuat naik di dalam system adalah dalam bentuk pdf dan dalam satu zip file (tidak melebihi 10MB).

You can still apply even if you are unable to provide any of the required documents, for example;

  1. IELTS: You can submit the IELTS to MARA, once the sponsorship is confirmed.
  2. University offer letter: You still can apply, but you must include any proof or email confirmation from the university that you are applying to them.

Tips: If you are unable to upload the file, simply refresh, log out, and re-enter the form.




6. Hantar permohonan. Sebelum hantar, uolls periksa semula maklumat-maklumat yang uolls dah key-in. Ini kerana, once uolls dah submit, uolls dah tidak boleh mengubah maklumat di dalam borang permohonan.





7. Cetak slip pengesahan. Sebagai bukti uolls dah selamat memohon GrEP, please cetak slip pengesahan sebagai rujukan uolls di hari muka ya!



Alhamdulillah dah selamat hantar permohonan. Selepas ni, kite tunggu pula keputusan nya. Menurut pihak MARA, adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di Portal MARA dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini mengenai semakan keputusan.

This application is actually for the second round. The first was in March 2021, and because I did not receive an offer from the university, I am required to apply in this round. May Allah make this path easier for me.

Good luck to everyone who is applying for this sponsorship.


 






No comments:

Post a Comment

MARA GrEP 2021: What should you do after receiving the Financial Affidavit (FA)

  "The great experience begins with one small step"   Alhamdulillah, on 21 st July 2021, I received a Financial Affidavit (FA...