"The great experience begins with one small step"
Keputusan GrEP is now out guys! Congrats to those yang berjaya. Bagi
yang tidak berjaya, mari la kita bersama-sama membuat surat
rayuan..hahaha..bende boleh rayu, kenapa nak give up kan?
Keputusan GrEP secara rasmi telah dimaklumkan kepada para pemohon pada
29.04.2019 melalui email dan pesanan ringkas (SMS). Yang tidak rasmi, hari
Jumaat 26.04.2019 after 10.00pm actually dah boleh check di website MARA.
Cerita daku, pagi-pagi subuh sabtu 27.04.2019 dengan meriahnye handphone ku
penuh dengan message rakan-rakan seperjuangan GrEP bertanyakan khabar berita.
Keputusan nya??? Permohonan daku tidak berjaya. Yessss TIDAK BERJAYA. 2 hari 2
malam daku menangis guling-guling. Mendung weekend ku. Mood memang ke laut
dalam. hahahahaaa...
Btw, uolls boleh check the results dekat link di bawah ni.
Jangan tanya daku kenapa permohonan ku tidak berjaya. Terlalu banyak
kemungkinan yang pada daku memang xboleh di terima akal. Sedaya upaya daku cuba
untuk menepati syarat-syarat yang MARA nyatakan. Plan since last year and prepare
everything so that i wont missed anything. That's why I said, I really did my
level best to meet their requirement. Unconditional LO, IELTS, Personality
Test, CGPA, University, Course and etc. I guess, it just not my luck yet and
Allah want me to keep usaha dan berdoa.
Lepas je check my results, daku memang tidak tunggu lame. Terus je start
mengarang surat yang daku sendiri tidak tahu mana perlu mula. A Formal Letter!
Berkurun daku tidak karang kot. Tatabahasa memang out. Bekali daku baca dan perbetulkan
before send the email to pascasiswazah. Dengan lafaz Bismillah, moga permohonan
rayuan ku dipertimbangkan oleh pihak MARA.
Oh Allah, please ease my journey! Moga hijrah kecilku dipermudahkan.
Insyallah. Amin.